Kursus Pemajuan Hartanah Perumahan (USM)

usmkursus

dijalankan dilokasi-lokasi berikut:
Di PBP,USM,Pulau Pinang : 27-29 Mei 2009
Di Kuala Lumpur : 17-19 Jun 2009
Di Johor Bahru : 15-17 Julai 2009
Di Kota Bharu,Kelantan : 5-7 Ogos 2009

Hari Pertama

  • Pengenalan dan prospek perniagaan dalam industri hartanah(USM)
  • Kerjaya sebagai pemaju dalam industri hartanah (REHDA)
  • Keusahawanan dan firma pemaju (PPHBS)
  • Perancangan Pembangunan Hartanah (USM)
Hari Kedua

  • Prosedur – prosedur pembangunan hartanah 1 (PBT)
  • Prosedur – prosedur pembangunan hartanah 2 (KPKT)
  • Pengurusan dan perlaksanaan projek berkualiti (USM)
  • Strategi dan pengurusan penjualan rumah (USM)
Hari Ketiga

  • Strategi pemasaran dan penjualan projek (USM)
  • Kewangan & Aliran Tunai Projek Hartanah
  • (Bulatan Mekar Sdn Bhd)
  • Skim pinjaman perumahan kerajaan dan kemudahan insuran (Etiqa Insurance)
  • Kemudahan pembiayaan bank (MBSB)
  • Perkongsian pengalaman

Tentang Kursus Pemajuan Hartanah Perumahan
Industri hartanah memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai visi pembangunan negara.Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang sukar, permintaan yang dijanakan oleh industri ini mampu memberikan impak yang besar kepada kejayaan negara untuk menanganai masalah kegawatan ekonomi. Oleh itu, bilangan usahawan yang bergiat dalam industri ini perlu ditingkatkan untuk menyokong pembangunan negara.Kekurangan pendedahan dan pengetahuan tentang industri ini telah menimbulkan persepsi yang negatif tentang kerjaya dalam industri hartanah di kalangan usahawan. Contohnya industri ini dilihat memerlukan modal yang besar, risiko yang tinggi dengan pulangan balik modal dalam jangka masa yang panjang serta kerenah birokrasi yang sukar. Mengambil contoh pemaju-pemaju di negeri Kelantan, ramai usahawan-usahawan Kelantan telah menempa kejayaan dalam industri hartanah.

Mengambilkira senario di atas, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM dengan kerjasama REHDA (Cawangan Kelantan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS), Malaysian BuildingSociety Berhad (MBSB) dan Etiqa Insurance Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk mendedahkan peluang kerjaya yang menarik yang sedia untuk diterokai dalam industri hartanah. Topik-topik dalam kursus ini telah dirancang secara khusus untuk memberikan pendedahan asas kepada mereka yang berminat daripada pengurusan perolehan tanah sehingga penyerahan projek.

Antara objektif utama kursus ini ialah untuk:
1.           Memberikan pengetahuan tentang profesion sebagai Pemaju Perumahan dan syarat-syarat asas bagi memulakan kerjaya sebagai pemaju perumahan.
2.           Memberikan pendedahan kepada aspek pengurusan hartanah.
3.           Memberikan panduan lengkap untuk perancangan pembangunan hartanah.
4.           Memberikan input mengenai kemudahan pembiayaan bank dan kemudahan insuran.
5.           Perkongsian pengalaman kejayaan dan sesi soal jawab dengan pemaju.

Sasaran peserta:
Kursus ini amat sesuai untuk individu-individu, bakalbakal usahawan dan usahawan sedia ada yang berminat untuk menjadi pemaju, pemaju-pemaju perumahan serta graduan-graduan Universiti.

Antara penceramah-penceramah:-
1.           Profesor Abdul Ghani Salleh, Program Perumahan, PBP,USM
2.           Profesor Madya Sr Azlan Raofuddin Hj Nuruddin dan Sr Dr Mastura Jaafar, Rancangan Ukur Bahan, PBP, USM
3.           En Jamil Jusoh, Rancangan Perancangan, PBP,USM
4.           Tuan Haji Wan Dzulkifli Wan Daud, REHDA (Cawangan Kelantan)
5.           Tuan Hj Mohammad Sahar Mat Din, Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor
6.           Puan Ramlah Mohd Yasak, Bulatan Mekar Sdn. Bhd.
7.           En Khairul Azhar b Abu Bakar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
8.           En Ahmad Zaini b Othman, Malaysia Building Society Berhad
9.           Tuan Hj Mohamad Adam Hj Samsudin, Etiqa Takaful Berhad

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan,
Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang.
Tel: 04 – 6532823 atau 2827 atau 016 – 4823430
Fax: 04 – 6576523
E-mel: pemajuanperumahan@gmail.com

(BORONG- muat turun)

About these ads

4 responses to this post.

  1. Posted by mohd zaid awari on July 24, 2009 at 3:07 am

    tuan[puan
    sila britahu kos utk seminar.tq

    Reply

  2. Posted by jefry talib on May 20, 2010 at 2:45 am

    Salam, sila berikan tarikh kursus diatas yang terdekat dan lokasi sekitar Lembah Klang. Terima kasih

    Reply

  3. Posted by syed on April 15, 2012 at 4:53 am

    tarikh yang baru bagi mengikuti kursus ini…. email: aliranmutiara@yahoo.com

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 894 other followers

%d bloggers like this: